Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP)

Pengenalan

Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP) telah pertama kali diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 07 Julai 2003. Pada tahun ini, pengiktirafan akan diberikan kepada para peniaga yang sentiasa memastikan kualiti, nilai dan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna memenuhi kehendak dan keperluan pengguna pada harga yang berpatutan.


Definisi

Kedai Harga Patut ialah premis perniagaan yang menjual barangan pada harga yang berpatutan dan berdaya saing setanding dengan kualiti barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan.


Tujuan

Anugerah ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti, menilai dan mengiktiraf premis perniagaan yang menjual barangan pada harga yang berpatutan dan berdaya saing setanding dengan kualiti barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan.


Objektif

Program ini menggariskan beberapa objektif bagi mencapai impak positif terhadap kestabilan ekonomi negara iaitu:
  • Menggalakkan wujudnya premis perniagaan yang menjual barangan yang digemari oleh pengguna dengan harga yang berpatutan dan kompetitif tanpa mengabaikan kualiti dan perkhidmatan jualan;
  • Memberi pengiktirafan kepada premis perniagaan yang menjual barangan dengan harga berpatutan serta kompetitif dan mempunyai sistem perniagaan runcit yang menjamin kualiti barangan, perkhidmatan jualan dan etika perniagaan;
  • Membantu pengguna mengenalpasti premis perniagaan yang menawarkan barangan dan perkhidmatan jualan yang berkualiti pada harga yang berpatutan dan kompetitif; dan
  • Meningkatkan imej negara sebagai destinasi pelancongan dan pusat membeli-belah yang mesra pelanggan dan berdaya saing.
Maklumat lanjut : http://akhp.1pengguna.com