Program Bahagian Pembangunan Perniagaan

Apakah kategori yang terdapat dalam Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP)?

Kategori yang terdapat dalam AKHP ialah 7 kategori iaitu, Kedai Runcit, Pasar Mini, Pasar Raya, Kedai Makan / Restoran, Gerai Makan, dan Kedai Alat Tulis / Buku.


Bagaimanakah kaedah pemilihan bagi Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP) dilaksanakan?

Pencalonan premis dilakukan oleh Skuad Pengguna,  Persatuan Pengguna atau Pejabat KPDNKK di negeri-negeri. Setelah tamat tempoh pencalonan, Jawatankuasa Penilaian melakukan tapisan awal dan melaksanakan proses penilaian bagi mengenalpasti premis perniagaan yang layak untuk diperaku dan diiktiraf sebagai kedai harga patut. Hasil penilaian akan laporkan kepada Jawatankuasa AKHP untuk diperakukan sebagai penerima AKHP.


Sejauh manakah AKHP dapat membantu menurunkan kos sara hidup rakyat di Malaysia?

KPDNKK selaku “Caring Ministry” percaya bahawa dengan mengetengahkan lebih banyak premis-premis harga patut untuk masyarakat berbelanja, secara tidak langsung ia akan membantu rakyat untuk berbelanja dengan cekap dan berhemah dan mendapatkan produk atau perkhidmatan berkualiti pada harga yang berpatutan (value for money). Sila layari laman sesawang http://akhp.1pengguna.com/akhp/ bagi mendapatkan senarai penuh penerima-penerima AKHP.


Bilakah program Jualan Kembali ke Sekolah ini diadakan?

Program ini diadakan pada musim cuti persekolahan akhir tahun iaitu pada bulan November atau Disember sempena permulaan sesi persekolahan yang baru.


Apakah jenis produk yang dipasarkan di bawah program Jualan Kilang / Raya?

Kelengkapan rumah, barangan elektrik dan elektronik, barangan kulit, gadjet, pakaian, makanan dan minuman.


Bagaimanakah cara menyertai Jualan Kilang / Raya?

Boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Perniagaan di talian 03 - 8882 5778 / 5772 / 6909 / 6158