Pendaftaran PKS

Bagaimana proses pendaftaran PKS dengan KPDNKK?

Borang permohonan boleh diperolehi melalui laman web www.kpdnkk.gov.my atau di Bahagian Pembangunan Perniagaan, Aras 5, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Putrajaya. Permohanan perlu disertakan sekali dengan profil (perlu disertakan sekali sesalinan SSM, sijil yang berkaitan seperti MESTI, GMP, HACCP (jika ada) dan sampel produk.
 

Berapa lama proses perdaftaran?

Slip pendaftaran akan diberikan dalam masa 7 hari bekerja (termasuk cuti) setelah dokumen pendaftaran dan sijil berkaitan lengkap diterima
 

Adakah bayaran dikenakan?

Tiada sebarang bayaran dikenakan ke atas pendaftaran PKS.
 

Apakah definisi PKS bagi pendaftaran dengan KPDNKK?

Definisi PKS yang digunakan di KPDNKK merujuk kepada definasi SME Corp seperti berikut:
Di bawah definisi baharu, PKS hendaklah merupakan satu entiti perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau badan-badan yang sama taraf dengannya seperti badan professional atau pejabat daerah di Malaysia Timur. Walau bagaimanapun, definisi ini tidak termasuk:
  • Entiti tersenarai awam yang berada di papan utama; dan
  • Subsidiari bagi:
    1. Syarikat tersenarai awam yang berada di papan utama;
    2. Syarikat multinasional (MNCs);
    3. Syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs),
    4. Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKDs); dan
    5. Perusahaan milik Kerajaan Negeri.
    (sumber dari : SME Corp.)
 

Apakah saluran promosi yang disediakan oleh KPDNKK?

Peluang promosi diberikan kepada PKS yang berdaftar dengan mengikuti program kerjasama strategik Kementerian ini bersama dengan Kementerian/Jabatan lain serta pihak pasar raya besar di Malaysia.
 

Apa kelebihan yang diperolehi daripada pendaftaran ini?

Keutamaan diberikan kepada PKS yang berdaftar untuk menyertai program promosi yang dianjurkan oleh KPDNKK.