Program Citarasa Malaysia

Pengenalan

Program Citarasa Malaysia (PCM) merupakan salah satu inisiatif Kementerian dalam membantu memasarkan dan mempromosikan produk PKS untuk dikenali oleh pengguna dan seterusnya mendapat peluang untuk dipasarkan di dalam rangkaian peruncitan di Malaysia. 

Program promosi ini dijalankan sepanjang tahun di outlet hypermarket yang terpilih. Setiap program akan diadakan selama satu (1) hingga dua (2) minggu bagi memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosi dan memasarkan produk mereka. Produk-produk baru yang berjaya mendapat permintaan dan hasil jualan yang tinggi selama tempoh promosi tersebut berpeluang untuk disenarai tetap di pasar raya yang berkenaan. Pihak pasar raya akan membuat penilaian dari segi kapasiti pengeluaran, pembiayaan kewangan, kualiti produk, pembungkusan, pelabelan, prestasi jualan serta komitmen oleh usahawan bagi memastikan produk PKS berupaya untuk bersaing dengan produk-produk lain yang telah lama berada di dalam pasaran.


Objektif

Objektif pelaksanaan program ini adalah seperti berikut:
  1. membuka peluang pemasaran kepada produk-produk PKS untuk disenarai tetap di dalam pasar raya;
  2. meningkatkan daya saing produk PKS agar terus mendapat sambutan daripada pengguna dan mampu bersaing dengan produk asing;
  3. meningkatkan kemahiran pengusaha PKS dari segi pengurusan dan pembangunan produk untuk pasaran yang mempunyai kapasiti yang lebih besar;
  4. mewujudkan kerjasama di antara pasar raya dan usahawan/syarikat PKS bagi memperluaskan peluang pemasaran dan perniagaan; dan
  5. memperkenal dan mengetengahkan produk PKS serta menggalakkan pembelian dan penggunaan produk berkenaan. 


Syarat-syarat penyertaan

Terbuka kepada semua syarikat PKS di Malaysia yang berdaftar dengan KPDNKK dan mempunyai standard pembungkusan yang lengkap.