Program Suaian Perniagaan

Pengenalan Program

Program Suaian Perniagaan merupakan suatu platform bagi mempertemukan usahawan PKS tempatan dengan pihak pasar raya tempatan dan asing, para pemborong, peruncit dan peniaga di Malaysia. Konsep pelaksanaan program ini adalah terbuka kepada usahawan PKS dan buyer dari setiap pasar raya akan hadir ke program ini bagi membuat pemilihan produk-produk yang dipamerkan oleh PKS yang terlibat. Program ini turut diperluas dengan menjemput syarikat-syarikat swasta serta NGO yang menawarkan perkhidmatan ke arah meningkatkan daya saing produk PKS serta peluang promosi dan pengiklanan produk.


Objektif

Objektif program ini diadakan adalah seperti berikut:
  1. Membuka peluang pasaran kepada produk-produk PKS untuk disenarai tetap di pasar raya;
  2. Mewujudkan kerjasama di antara pasar raya dan pengusaha PKS  melalui program yang menemukan kedua-dua pihak dalam persekitaran perbincangan perniagaan; 
  3. Memperkenalkan dan mengetengahkan produk usahawan PKS yang baru dan berpotensi tinggi untuk maju; dan
  4. Memberikan pendedahan kepada usahawan PKS mengenai perkhidmatan-perkhidmatan lain yang dapat membantu mengkomersialkan produk PKS serta membantu usahawan dalam segala aspek pengurusan dan pengedaran produk.


Syarat-syarat penyertaan

Terbuka kepada semua usahawan/syarikat PKS di Malaysia yang mempunyai produk.