PROGRAM COCA COLAKU (KOMUNITI USAHAWAN) VIA KPDNKK

PROGRAM COCA COLAKU (KOMUNITI USAHAWAN) VIA KPDNKK
 
Program Coca-ColaKU (Komuniti Usahawan) via KPDNKK merupakan program pertama Kementerian dengan kerjasama pihak Multinational Company (MNC) Coca-Cola Malaysia dengan objektif menyediakan latihan keusahawanan melalui perspektif MNC dalam menjalankan aktiviti perniagaan di peringkat mikro, kecil dan sederhana.
 
Program ini turut melibatkan kerjasama 12 Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berminat untuk menyertainya dengan anggaran peserta seramai 13,500 orang terdiri daripada pelajar IPT dan usahawan PKS.
 
Matlamat utama bagi program keusahawanan ini adalah supaya peserta yang telah diberikan latihan ini dapat memulakan perniagaan mereka sendiri mengikut asas perniagaan dan merancang strategik perniagaan yang betul. Melalui program kerjasama KPDNKK-Coca Cola ini diharap akan dapat mencapai matlamat untuk membangunkan masyarakat, mempertingkatkan pendapatan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di negara ini.
 
Program Coca-ColaKU via KPDNKK ini menyediakan modul-modul yang disediakan seperti memulakan perniagaan baru, pengurusan akaun dan stok yang efektif, mengurus kewangan dan pendapatan serta mengurus kualiti dan perkhidmatan. Manakala, sebagai tambahan/bonus kepada modul-modul tersebut, pendedahan terhadap memahami perniagaan yang sebenar, merangka pelan perniagaan serta penerapan idea bagaimana untuk melebarkan sayap perniagaan turut diberi perhatian.
 
Modul tersebut digarap dengan kaedah yang lebih komprehensif melalui “Buku Kit Latihan Perniagaan” yang disediakan khusus kepada peserta dengan kolaborasi KPDNKK. Pihak kementerian juga akan menyediakan modul berkenaan pendaftaran perniagaan, promosi dan etika perniagaan sebagai melengkapi modul sedia ada.

       

Pelaksanaan Program Coca-ColaKU (Komuniti Usahawan) via KPDNKK dengan sokongan KPT melalui 12 IPT ini membuka ruang dan peluang kerjasama dengan semua pihak yang terlibat bukan hanya bersandarkan “one-off” program sahaja dengan objektif memartabatkan usahawan negara dari pelbagai sektor perniagaan.

Pelbagai usaha mula digerakkan dengan kerjasama IPT yang terlibat dimana penglibatan IPT melalui kepakaran masing-masing akan sama-sama membangunkan usahawan PKS negara. Penglibatan secara langsung penuntut IPT juga dapat memberikan mereka pengalaman secara hands-on dan manfaat kepada usahawan PKS secara direct impact. Ini merupakan Way Forward Plan yang sedang dirancang untuk dilaksanakan pada tahun hadapan.

Gambar Program Coca ColaKU (Komuniti Usahawan) via KPDNKK 2017
    

   

   

  
 
 

VIDEO TUTORIAL PERMOHONAN LOGO BUATAN MALAYSIA


  1. Pendaftaran Menggunakan No SSM
  2. Pendaftaran Tanpa No SSM
  3. Log Masuk
  4. Terlupa Kata Laluan
  5. Kemaskini Maklumat Pemohon (Daftar Menggunakan No SSM)
  6. Kemaskini Maklumat Pemohon (Daftar Tanpa No SSM)
  7. Kemaskini Kata Laluan
  8. Kemaskini Senarai Sijil
  9. Kemaskini Maklumat Produk