Penandaan Logo Buatan Malaysia

Apakah yang dikatakan sebagai Logo Buatan Malaysia?

Penandaan Logo Buatan Malaysia merupakan satu bentuk penarafan terhadap barangan/produk usahawan yang dihasilkan daripada bahan-bahan tempatan merupakan suatu galakan kepada pengguna untuk mengutamakan produk buatan tempatan berbanding import.
 

Bagaimana KPDNKK menilai dan mengesahkan peratusan bahawa sesuatu permohonan (produk) itu buatan Malaysia?

Penilaian pengesahan peratusan bahan mentah/ material sesuatu produk (SKU) yang dipohon adalah melalui surat pengesahan daripada badan/ agensi berkepentingan yang berkaitan tertakluk kepada keperluan dan jenis produk.

Sebagai contoh; industri F&B perlulah mendapatkan pengesahan daripada Kementerian kesihatan (keselamatan dan kualiti makanan, laporan kandungan nutrisi, Halal (sekiranya perlu), JAKIM). Manakala, bagi bahan elektrik dan elektronik pengesahan daripada Suruhanjaya Tenaga, SIRIM, dan lain-lain.

Kaedah ini mampu mengurangkan karenah birokrasi dan memudahkan urusan pemprosesan. Walau bagaimanapun, semakan yang lebih mendalam akan dijalankan sekiranya terdapat keraguan terhadap pengesahan yang telah diberikan oleh agensi berkenaan bagi mengelakkan pemalsuan maklumat.
 

Adakah penandaan Logo Buatan Malaysia melibatkan kos dan berapakah tempoh pemprosesan bagi setiap permohonan?

Tiada sebarang yuran/ fi permohonan yang dikenakan kepada permohonan penandaan logo barangan buatan Malaysia. Permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja.
 

Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya ada pihak (industri) yang menggunakan penandaan Logo Buatan Malaysia tanpa kebenaran?

Pemohon yang layak untuk memohon adalah terdiri daripada pengilang yang ditakrifkan di bawah Industrial Co-ordination Act 1975 [Akta 1975] "Means a person who is engaged in any manufacturing activity".

Penandaan Logo Buatan Malaysia telah didaftarkan sebagai harta intelek Kerajaan melalui Perbadanan harta Intelek Malaysia (MyIPO). Sehubungan dengan itu, sebarang penggunaan logo tersebut perlulah mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Kementerian ini selaras dengan kehendak Akta Perihal Dagangan 2011. Sehubungan dengan itu, Kementerian boleh mengambil tindakan undang-undang sivil di Mahkamah Tinggi di bawah peruntukan Seksyen 39 (2) (a), (b), dan (c) Akta 175. Akta Cap Dagangan 1976 [Akta 175] tidak memberikan punca kuasa kepada Kementerian untuk membuat peraturan atau garis panduan khusus (akta, perintah atau peraturan) berkenaan perkara ini.

Di samping itu juga, Kementerian juga boleh mengambil tindakan undang-undang di di dalam prosiding pendakwaan jenayah di Mahkamah Sesyen dengan menggunapakai peruntukan di bawah Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730]. Denda tidak melebihi RM15,000.00 bagi setiap barangan yang diletakkan Logo Buatan Malaysia tanpa kelulusan, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya denda tidak melebihi RM30,000.00 bagi setiap barangan (syarikat); atau Denda tidak melebihi RM10,000.00 bagi setiap barangan yang diletakkan Logo Buatan Malaysia tanpa kelulusan atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya denda tidak melebihi RM20,000.00 bagi setiap barangan dan penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya (individu). Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] juga adalah terpakai bagi tujuan penguatkuasaan ini.
 

Berapakah lamakah tempoh sah laku setiap kelulusan yang diberikan?

Tiada penetapan tempoh sah pemakaian Logo Buatan Malaysia buat masa ini. Walau bagaimanapun, sebarang perubahan kepada kelulusan terdahulu, permohonan baru hendaklah dikemukakan semula.