Program Food Sampling

Pengenalan

Program Food Sampling merupakan satu inisiatif Kementerian dalam membantu usahawan/syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam mempromosikan produk PKS yang sedia ada di dalam pasaran terutamanya dalam rangkaian peruncitan (pasar raya besar) di Malaysia.

Objektif pelaksanaan program ini adalah seperti berikut:
  • meningkatkan daya saing produk PKS agar terus mendapat sambutan daripada pengguna dan mampu bersaing dengan produk asing;
  • meningkatkan kemahiran usahawan PKS dari segi pengurusan dan pembangunan produk untuk pasaran yang mempunyai kapasiti yang lebih besar;
  • mewujudkan kerjasama di antara pihak pasar raya dan usahawan PKS bagi memperluaskan peluang pemasaran dan perniagaan;
  • memperkenal dan mempromosi produk PKS serta menggalakkan pembelian dan penggunaan produk berkenaan; dan
  • menggalakkan usahawan melaksanakan aktiviti food sampling secara tetap dan berkala.


Syarat-syarat Penyertaan

  • Terbuka kepada semua usahawan/syarikat PKS di Malaysia yang berdaftar dengan KPDNKK dan produk telah berada di dalam pasaran peruncitan di Malaysia;
  • Usahawan bertanggungjawab memastikan stok barangan dipenuhkan di setiap lokasi food sampling terpilih;
  • Usahawan wajib melaksanakan dan meneruskan aktiviti sampling sedia ada. Semakan akan dibuat dengan pihak pasar raya terlibat; dan
  • Produk wajib mendapat kelulusan Penandaan Logo Buatan Malaysia.
 
Bagi tahun 2017, 14 syarikat telah menyertai program ini dan 448 aktiviti food sampling telah dilaksanakan di pasar raya terpilih sekitar Lembah Klang. Melalui program ini pihak usahawan dikehendaki menyediakan bahan/produk manakala booth sampling disediakan oleh Kementerian ini.
 
 
         

         
 

VIDEO TUTORIAL PERMOHONAN LOGO BUATAN MALAYSIA


  1. Pendaftaran Menggunakan No SSM
  2. Pendaftaran Tanpa No SSM
  3. Log Masuk
  4. Terlupa Kata Laluan
  5. Kemaskini Maklumat Pemohon (Daftar Menggunakan No SSM)
  6. Kemaskini Maklumat Pemohon (Daftar Tanpa No SSM)
  7. Kemaskini Kata Laluan
  8. Kemaskini Senarai Sijil
  9. Kemaskini Maklumat Produk