Pertandingan Rekacipta Iklan Komersil 2018


1.     PENGELOLAAN 
Pertandingan ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Perniagaan (BPP), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

2.     PENYERTAAN
2.1  Penyertaan
terbuka kepada semua penuntut IPT (awam dan swasta) di seluruh Malaysia dan dibuka mulai 1 September sehingga 22 Oktober 2018.
2.2   Penyertaan adalah percuma dan disertai secara individu.
2.3   Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu dalam bentuk poster ataupun video.
2.4   Tema bagi pertandingan ini adalah
‘Sayangi Malaysiaku’ serta perlu menampilkan elemen Logo Buatan Malaysia.
2.5   Iklan komersil produk/barangan Buatan Malaysia ini perlu mengandungi salah satu daripada jenama berikut:

BIL NAMA SYARIKAT JENAMA JENIS PRODUK
1 NFA Technologies Sdn Bhd MISMIS Ubat gigi
2 Positive Energy Freedom Sdn Bhd KELLY & KIDS Biskut
3 Kolam Emas Sdn Bhd FRUTISSIMO Kek
4 Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd MUNIF HIJJAZ Minuman
5 Merolz Resources MEROLZ Kecantikan
6 Joeyees Ventures NANG ORI Lada
7 Sakura Industries SWAG Penjagaan Diri
8 Elhajj Products Sdn Bhd ELHAJJ Penjagaan Diri
9 Wonderland Primary Sdn Bhd ASIANIC Penjagaan Diri
10 Adyza Marketing Consultant MADU B Madu
11 Dr Aishah Solution Sdn Bhd DASTO Bijirin

*Klik pada jenama untuk muat turun logo produk.

3.    SYARAT PERTANDINGAN

Kategori A: Poster

3.1  Poster perlu dihantar, dicetak (di atas kertas berukuran 297mm x 420mm (A3) hendaklah wajib disertakan dengan CD dalam format Vector (.ai / .pdf / .eps / .svg) dan Raster (.jpg / .tif / .bitmap /.png).
3.2  Peserta dibenarkan untuk menggunakan sebarang jenis aplikasi computer atau software dalam menghasilkan poster ini.
3.3  Saiz dan ukuran poster adalah bebas dan berorientasikan potret (portrait). 


Kategori B: Video

3.4  Durasi video adalah 15 hingga 30 saat sahaja.
3.5  Penyertaan video adalah berbentuk sama ada iklan, sketsa pendek, animasi 2D/3D, dokumentari atau drama.
3.6  Setiap penyertaan hendaklah dihantar dalam format DVD serta berdefinisi tinggi (HD) dengan resolusi minima 720p 25fps.
3.7  Video yang disediakan hendaklah menggunakan Bahasa Melayu (sekiranya perlu). Penggunaan dialek tempatan adalah dibenarkan dan mesti disertakan dengan sarikata (subtitle) dalam Bahasa Melayu.
3.8  Hasil karya mestilah tidak memaparkan isu-isu sensitif yang boleh mengganggu atau menggugat keharmonian antara kaum, budaya, agama, politik dan masyarakat Malaysia.


4.    HAKCIPTA BAGI POSTER DAN VIDEO
4.1  Hasil karya mestilah karya asal peserta dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
4.2  Penyertaan akan terbatal secara automatik sekiranya didapati hasil karya yang dihantar tidak asli (ciplak).
4.3  Setiap penyertaan digalakkan menggunakan skor muzik asal. Jika menggunakan skor muzik yang sedia ada di pasaran atau hak milik orang lain, peserta perlu bertanggungjawab terhadap hakcipta karya tersebut. Pihak urus setia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hakcipta.
4.4  Kos penyediaan poster dan penerbitan video adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
4.5  Pihak urus setia tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
4.6  Pihak urus setia berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap dan lewat diterima.
4.7  Bukti penghantaran tidak dikira sebagai bukti penerimaan.
4.8  Salinan DVD dan bahan-bahan lain yang diterima oleh pihak urus setia tidak akan dikembalikan.
4.9  Poster/video yang diserahkan adalah menjadi hak milik KPDNHEP sepenuhnya dan pihak KPDNHEP berhak menggunapakai atau membuat mana-mana perubahan mengikut kesesuaian dan keperluan pihak KPDNHEP.
4.10 Poster/video akan dinilai berdasarkan keaslian karya, kandungan, idea, kreativiti dan kesesuaian dengan tema pertandingan.


5.    PROSEDUR PENYERTAAN
5.1  Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang surat- menyurat tidak akan dilayan.
5.2  Para peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi hanya berhak memenangi satu hadiah sahaja bagi setiap kategori.
5.3 Penyertaan yang lengkap berserta BORANG PENYERTAAN dan salinan poster/video hendaklah diserahkan kepada pihak urus setia pertandingan sebelum atau pada 22 Oktober 2018
di alamat seperti berikut:


Bahagian Pembangunan Perniagaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Dan Hal Ehwal Pengguna
Aras 5 (Menara), No. 13
Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62623 Putrajaya

6.    HADIAH UTAMA PERTANDINGAN
6.1  Hadiah utama yang disediakan oleh penganjur adalah seperti berikut:
  Kedudukan   Kategori Poster   Kategori Video
Pertama RM2,500.00 RM4,000.00
Kedua RM1,500.00 RM2,000.00
Ketiga RM800.00 RM1,000.00

6.2  Hadiah sumbangan penaja pula merujuk kepada karya kreatif yang menggunapakai produk jenama syarikat berkenaan dalam poster atau video yang dihasilkan. Pemenang khas mengikut jenama produk akan dipilih oleh syarikat penaja berkenaan.
 
 

MADU B
 

DASTO
 

ELHAJJ
 
 

MEROLZ
 

MISMIS
 
 

VIDEO TUTORIAL PERMOHONAN LOGO BUATAN MALAYSIA


  1. Pendaftaran Menggunakan No SSM
  2. Pendaftaran Tanpa No SSM
  3. Log Masuk
  4. Terlupa Kata Laluan
  5. Kemaskini Maklumat Pemohon (Daftar Menggunakan No SSM)
  6. Kemaskini Maklumat Pemohon (Daftar Tanpa No SSM)
  7. Kemaskini Kata Laluan
  8. Kemaskini Senarai Sijil
  9. Kemaskini Maklumat Produk