Pengiktirafan Logo Buatan Malaysia




Borang Permohonan
Lampiran A1
Lampiran A2
Senarai syarikat yang telah diluluskan
penandaan logo buatan malaysia

PENGENALAN

Penandaan logo Buatan Malaysia oleh industri telah bermula semenjak tahun 1997 sebagai salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan rakyat mengutamakan barangan Malaysia, berikutan kemelesetan ekonomi yang dialami oleh negara pada waktu itu. KPDNHEP pada masa itu, telah dilantik sebagai urusetia "Kempen Membeli Barangan Buatan Malaysia". Ia merupakan salah satu komponen pendekatan kempen penandaan logo Buatan Malaysia oleh pihak industri.


DEFINISI PRODUK BUATAN MALAYSIA

Barang-barang
Apa-apa barang, benda, bahan, atau perkhidmatan yang dihasilkan akibat daripada mana-mana aktiviti pembuatan dan termasuk pelbagai produk.

Buatan Malaysia
  • Bagi barang tersedia bungkus (pre-packed) ertinya barang yang pada pembalut,beg atau bekasnya, telah dinyatakan nama dan alamat pekilangnya di Malaysia; dan 
  • Bagi barang lain selain daripada yg tersedia bungkus, ertinya barang yang dibuat, dipasang, diubahsuai dan termasuk barang-barang yang telah melalui proses terakhirnya di Malaysia. Proses akhir adalah terdapat transformasi daripada bahan separuh proses kepada barangan siap. 

Bukan Buatan Malaysia
  • Barang-barang yang diimpot dengan kuantiti yang besar (bulk) dan kemudiannya dibungkus dan dijual di negara ini. 
  • Barang-barang yang diimpot secara “semi knocked down parts” yang dipasang (assembled) di sini dan dijual di negara ini. 


TUJUAN

Penandaan Logo Buatan Malaysia ini merupakan satu pengiktirafan bagi penentuan bahawa produk yang dihasilkan adalah dibuat di Malaysia (country of origin).


OBJEKTIF

Penandaan logo ini menggariskan beberapa objektif bagi mencapai impak positif terhadap kestabilan ekonomi negara iaitu.
(i) Menggalakkan penggunaan barangan Buatan Malaysia dalam negara serta mengurangkan pengimportan barangan asing dalam negara;
(ii)  Mengubah persepsi dan sikap rakyat Malaysia terhadap barangan buatan Malaysia agar lebih yakin bahawa barangan buatan tempatan mempunyai kualiti yang setanding dengan barangan yang diimpot;
(iii) Mengawal kadar inflasi di negara dengan mengelakkan inflasi import melalui barangan yang diimport; dan
(iv) Membantu usaha Kerajaan menstabilkan harga barang pada paras harga yang munasabah serta mengurangkan inflasi;  


UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN TERPAKAI

Pengeluaran surat kelulusan penandaan ini serta logo ini adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] 


KATEGORI PENANDAAN LOGO

i.    Sektor Pembuatan (manufacturing);
ii.    Sektor ICT (perkakasan), dan 
iii.    Sektor-sektor lain yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa. 


PEMOHON YANG LAYAK

Pengilang yang ditakrifkan di bawah Industrial Co-ordination Act 1975 [Akta 1975]
“Means a person who is engaged in any manufacturing activity” 


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Syarikat hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau dengan badan-badan berdaftar yang lain.
  2. Mempunyai lesen operasi yang masih sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  3. Mempunyai lesen mengilang (sekiranya berkaitan). 
  4. Produk-produk yang dikeluarkan hendaklah melibatkan aktiviti proses pengilangan (manufacturing activity).
  5. Produk mestilah dikilangkan di Malaysia dan mengandungi sekurang-kurangnya 51% bahan / kandungan tempatan. 
  6. Syarikat digalakkan untuk mendapatkan pendaftaran bagi Harta Intelek daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia.  


TEMPOH PERMOHONAN

Surat kelulusan Penandaan Logo Buatan Malaysia dikeluarkan dalam tempoh 30 hari bekerja.


YURAN / FI PERMOHONAN

Tiada sebarang yuran/ fi permohonan yang dikenakan kepada permohonan penandaan logo barangan buatan Malaysia. 


TEMPOH SAH KELULUSAN

Tiada penetapan tempoh sah pemakaian Logo Buatan Malaysia buat masa ini. Walau bagaimanapun, sebarang perubahan kepada kelulusan terdahulu, permohonan baru hendaklah dikemukakan semula.


TATACARA PERMOHONAN

Sila kembalikan borang yang telah lengkap diisi kepada: 

Pengarah
Bahagian Pembangunan Perniagaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan
Aras 5, No. 13, Persiaran Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan  
Presint 2, 62623 Putrajaya
Malaysia

Tel : 03-8882 5768 / 6931 / 7013 / 6185
Faks : 03-8882 5826 / 6334
E-mel : ulbpp@kpdnkk.gov.my 

Disediakan Oleh:
Seksyen Pembangunan Modal Insan Keusahawanan
BPP, 17 Mei 2016